Test 18...

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Haha... Lama dah tak update blog ni... Maklum la kadang-kadang kita lupa yang kita ni ada blog... Internet pun slow sangat... Tu yang tak ada mood nak update... Tapi ada juga tulis kat microsoft word cuma tak paste kan kat blog ni je... Hehe...:-P

OK la, hari ni nak cerita sikit tentang lesen... Kenapa dengan lesen ni? Bukan belom ada lesen lagi... Lesen dah ada dah... Cuma masa mid sem break haritu abah ada suruh memohon lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) lepas habis belajar nanti. Apakah lesen Perkhidmatan Kenderaan Awam (PSV) ni?

Lesen Teksi : Adalah klass 'PSV-TEKSI', umur memohon klass ini adalah 21 tahun (Mempunyai lesen CDL D).

Ye... Abah suruh saya mempunyai teksi sendiri... Terus je kepala ni pikir macam-macam... Apa benda ni?(Sambil buat muka pelik). Terus tanya kat abah "Kenapa nak kena amik PSV ni?" dan "Kenapa nak kena ada teksi sendiri?". Abah ni nak suruh saya ni jadi pemandu teksi ke? Emmm...

Teksi : Proton Persona

Abah pun terangkan... Teksi ini untung... Harga teksi tak sama dengan harga kereta biasa dan teksi tak mengunakan sangat minyak petrol... Lagi pun yang penting Perdana Menteri nanti nak bagi permit teksi untuk individu... Kalau ada permit sendiri ni yang senang... Nanti kalau kita ada kerja lain kita boleh bagi orang lain bawa dan tiap-tiap bulan kita dapat bayaran... Kalau kita tak ada kerja lain kita boleh bawa sendiri.

Sumber :  http://antarapos.com/v1/index.php?q9nan56SpKPkoObnaNGXpVvZn7Wka5NibA==

Abah cakap lagi... Bila ada permit ni nanti kena ada deposit untuk beli kereta teksi baru... Yang tu nanti abah tolong... Tapi nanti kena bayar balik kat abah bulan-bulan... Jadi akhirnya jawapan yang ku beri kan ialah "Nanti la abah orang pun tengah belajar dulu ni kan, tak nak pikir dulu tentang ni".

Jadi adakah berbaloi untuk terima tawaran abah? Tapi saya tahu abah dah pikir masak-masak... Sebab abah ni dah makan garam dulu dia ada banyak pengalaman dan banyak bergaul dengan orang.

P/s : Sampai sekarang tak pikir lagi pasal ni... Huhu...

0 comments:

Post a Comment