Test 8...

0 comments
Assalammualaikum dan selamat sejahtera...:-)
Hari nie saya nak kongsi kan sesuatu yang kelakar...
Benda nie dh lama dh tapi saya nak masuk kan kat dalam blog saya...
Cuba korang renung gambar - gambar kat bawah nie...


At the start of every New Semester:

After First Week:

After Second Week:

Before the Mid-Term Test:

During the Mid-Term Test:

After the Mid-Term Test:

Before the Final Exams:

Upon Getting to Know the Final Exam Schedule:

7 Days Before the Final Exam:

6 Days Before the Final Exam:

5 Days Before the Final Exam:

4 Days Before the Final Exam:

3 Days Before the Final Exam:

2 Days Before the Final Exam:

1 Day Before the Final Exam:

The Night Before the Final Exam:

1 Hour Before the Final Exam:

During the Final Exam:

Upon Walking Out From the Examination Hall:

After the Final Exam, During the Holiday:



Ada sama mcm korang tak? Haha...

*Sama macam saya kat matrik dlu...-.-"

Test 7...

1 comments
Assalammualaikum dan selamat sejahtera... Dh lama saya tak update blog nie rasa nya (Mmg dh lama pon)...


Saya baru tau ada orang baca saya punya blog yang tak seberapa nie... Nasihat saya, jangan lah baca lagi (Main2 je)...


Jadi sekarang ini saya ingin kongsi kan cerita saya tentang cinta (Kepala saya dah tak betol nie)... Kenapa tiba2 saya ingin cerita tentang topik yang saya kurang minat ini? Sbb ramai orang tertanya - tanya saya nie suka kat siapa sebenarnya? Dan adakah saya pernah bercinta atau bercouple?


Jawapan nya ialah :


Saya tidak pernah bercinta dan bercouple... Bukan kerana saya tak laku (Statement tak boleh bla)... Kerana hati saya sudah ada pada seseorang (Huhu...)... Siapa? Biar lah rahsia... 


Dahulu saya ialah seorang budak yang sangat pemalu... Terutamanya dengan perempuan... Jadi saya tidak berani mendekat kan diri pada mana2 perempuan (Skrg dah ok kot)...


Jadi saya jatuh cinta pada seseorang tetapi saya jarang sekali bertemu dan bercakap dengan nya... Hanya melihat nya dari jarak yang jauh dan dapat melihat dengan sekali atau dua kali pandang je... T.T


Dia cantik... Saya tengok je dari jauh... Ramai lelaki suka kan die... Saya tengok je dari jauh... Dia pernah bercouple... Saya tengok je dari jauh...  Entah2 dia kawin nnti... Saya tengok je dari jauh... Dia dh ada anak nnti... Saya tengok je dari jauh... Dia mati pun (Dh geram nie)... Saya tengok je dari jauh...


Ok cukup...=.="


Bunga Rose

Pernah saya pikir kan bahawa ini semua hanya membuang masa (Mmg pon)... Jadi lebih baik saya fokus pada pelajaran... Dalam masa belajar ini saya telah berkenalan dengan ramai perempuan... Saya pun berkawan je lah... Tapi kadang2 biasa lah lelaki nie (Gatal)... Mungkin ini lah yang membuat orang banyak tertanya - tanya... Kau suka sape sebenarnya?


Jawapan nya ialah :


Saya suka semua orang... Tetapi suka bukan cinta... Jadi siapa yang rasa saya nak mengurat die tu jangan lah pikir saya serious sgt... Saya main2 je tu... Saya pun rasa saya belum bersedia untuk menyintai dan dicintai oleh seseorang... Tetapi ada sesetengah perempuan yang saya rasa saya tertarik dengan nya... Iaitu dia mempuyai salah satu antara ciri - ciri yang berikut :


1) Perempuan yang baik (Alim)
2) Perempuan yang lemah lembut
3) Perempuan yang Comel
4) Perempuan yang mempuyai pewatakan misteri
5) Perempuan yang boleh membawa kenderaan
6) Perempuan yang mempuyai banyak persamaan dengan saya
7) Perempuan yang pandai memasak


Banyak tak? Ada salah satu pun dh ok... v^.^


Jadi, walaupun kadang - kadang teringat kat dia tetapi perasaan itu semakin lama semakin nak hilang... Lagi pun tak salah kan kalau saya nak mengurat perempuan lain... Saya single lagi ok...


Itu sahaja lah... Harap semua paham... Sekian...


*Assignment banyak mana sempat nk pikir pasal cinta - cinta nie...

Test 6...

0 comments
Assalammualaikum dan selamat sejahtera... 


Cuti Raya Haji seminggu membuat kan saya dah lama tak update blog sebab banyak menghabiskan masa di luar rumah... Buat apa? Itu rahsia lah... Haha...


Tapi post kali ini saya ingin bercerita dan kongsi kan kepada anda semua tentang Solat Subuh...


Ayah saya pernah memberi tahu saya bahawa antara rahsia kejayaan pak cik saya ialah dia tidak pernah meninggal kan solat subuh semenjak dari kecil... Dan dia suka sembahyang secara berjemaah di masjid...


Lelaki subuh...

Anda solat subuh setiap hari? Jika tidak anda perlu berubah...


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.


Mana mungkin manusia yang gagal untuk bangun solat subuh mempunyai kemampuan untuk membangunkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara...


Mengantok...

Tip konsisten solat subuh...
1) Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t.
2)Tanam tekad yang jitu.
3)Bertaubat
4)Memperbanyakkan berdoa.
5)Carilah kawan yang baik.
6)Latih diri untuk tidur mengikut sunnah. Cth, tidur awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7)Pasang penggera.
8)Ajak lah orang lain bangun solat.
9)Cuba hayati keindahan waktu pagi.


Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.

Test 5...

0 comments
Assalamualaikum... Apa khabar? Semoga anda baik2 sahaja... Arini saya ingin kongsi kan dengan anda semua dgn satu kisah yang menarik... Ianya tentang guru saya yang memberi motivasi kepada saya dan rakan kelas saya semasa saya ting 3 di kelas 3UP1...

Roi!!! Itu lah pangilan budak2 di sekolah saya yang ingin memangil cikgu yang mengajar Bahasa Malaysia (BM) di sekolah saya ini... Nama sebenar cigu nie ialah Rohaizi (Klu x silap) tapi bdk2 pangil die Roi (Dengar mcm kurang ajar kn?)... Tpi anda x tau perangai cikgu nie... Haha...

Salah satu perangai cikgu nie ialah hisap rokok di dalam sekolah dan membela rambut panjang... Ok x?
Tpi cikgu nie memang best... Dia masuk kelas mmg x ajar dan anda tidak perlu risau jika tidak membawa buku atau tidak menyiapkan keja yang diberi... Ini lah yang disukai oleh pelajar kelas belakang seperti saya... Hehe...

Tapi apabila nak dekat PMR tiba2 cikgu nie jadi baik kejap... Dia masuk kelas dan membuat perkara biasa iaitu bertayakan soalan... "Awak semua nak blaja ke?"... Mak oi, sape tak suke beb bila cikgu cakap mcm tu kn? Budak2 nie menjawab macam biasa la... "TAK NAK!!!"... Cikgu Roi pun duduk... Kelas pun bising mcm pasar malam... Tiba2 bila nk habis masa cikgu bangun dari lamunan nya dan berdiri di depan sambil memgang barang dan bersedia untuk keluar kelas (Biasa nya cikgu terus keluar walaupun masa die lama lagi nk habis)...

Cikgu pun cakap kepada kami bahawa hidup kami selepas ini bukan lah mudah... Semua terdiam (Pelik tengok cikgu)...  Cikgu berkata lagi bahawa kami di kelas ini seperti buah yang ada di dahan pokok yang besar...

Pokok dan buah

Saya tercengang dengan kata2 cikgu Roi... Cikgu sambung lagi... Dia berkata jangan la kamu menjadi satu2 nya buah yang busuk di pokok itu... Lalu cikgu pun meninggal kan kelas... Walaupun begitu kejap cikgu bercakap tapi saya sangat menumpu kan apa yang dicakap kan oleh cikgu... Kata2 nya saya masih ingat sehingga kini...

Apa yang saya paham dari ayat itu ialah jangan la kita menjadi satu2 nya orang yang gagal dan tidak berguna di antara sesama kita... Kerana "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"... Dan ingat lah Allah akan membantu kita semasa susah jika kita mengigatnya semasa kita senang...

Walaupun cikgu mempuyai perangai pelik sikit dari cikgu lain tetapi saya yakin nasihat yang cikgu beri itu adalah untuk membuat kan kami berusaha untuk berjaya...

*Apapun "Thanks Roi"...