Test 6...

Assalammualaikum dan selamat sejahtera... 


Cuti Raya Haji seminggu membuat kan saya dah lama tak update blog sebab banyak menghabiskan masa di luar rumah... Buat apa? Itu rahsia lah... Haha...


Tapi post kali ini saya ingin bercerita dan kongsi kan kepada anda semua tentang Solat Subuh...


Ayah saya pernah memberi tahu saya bahawa antara rahsia kejayaan pak cik saya ialah dia tidak pernah meninggal kan solat subuh semenjak dari kecil... Dan dia suka sembahyang secara berjemaah di masjid...


Lelaki subuh...

Anda solat subuh setiap hari? Jika tidak anda perlu berubah...


Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud : Sesungguhnya solat yang paling berat bagi orang munafik adalah solat Isyak dan solat Subuh. Sekiranya mereka tahu pahala keduanya, nescaya mereka akan mendatanginya sekalipun dengan merangkak.


Mana mungkin manusia yang gagal untuk bangun solat subuh mempunyai kemampuan untuk membangunkan Islam dalam diri, keluarga, masyarakat dan negara...


Mengantok...

Tip konsisten solat subuh...
1) Ikhlaskan niat kerana Allah s.w.t.
2)Tanam tekad yang jitu.
3)Bertaubat
4)Memperbanyakkan berdoa.
5)Carilah kawan yang baik.
6)Latih diri untuk tidur mengikut sunnah. Cth, tidur awal, berwuduk sebelum tidur, tidur mengiring di atas rusuk kanan dan berdoa.
7)Pasang penggera.
8)Ajak lah orang lain bangun solat.
9)Cuba hayati keindahan waktu pagi.


Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata.

0 comments:

Post a Comment