Test 5...

Assalamualaikum... Apa khabar? Semoga anda baik2 sahaja... Arini saya ingin kongsi kan dengan anda semua dgn satu kisah yang menarik... Ianya tentang guru saya yang memberi motivasi kepada saya dan rakan kelas saya semasa saya ting 3 di kelas 3UP1...

Roi!!! Itu lah pangilan budak2 di sekolah saya yang ingin memangil cikgu yang mengajar Bahasa Malaysia (BM) di sekolah saya ini... Nama sebenar cigu nie ialah Rohaizi (Klu x silap) tapi bdk2 pangil die Roi (Dengar mcm kurang ajar kn?)... Tpi anda x tau perangai cikgu nie... Haha...

Salah satu perangai cikgu nie ialah hisap rokok di dalam sekolah dan membela rambut panjang... Ok x?
Tpi cikgu nie memang best... Dia masuk kelas mmg x ajar dan anda tidak perlu risau jika tidak membawa buku atau tidak menyiapkan keja yang diberi... Ini lah yang disukai oleh pelajar kelas belakang seperti saya... Hehe...

Tapi apabila nak dekat PMR tiba2 cikgu nie jadi baik kejap... Dia masuk kelas dan membuat perkara biasa iaitu bertayakan soalan... "Awak semua nak blaja ke?"... Mak oi, sape tak suke beb bila cikgu cakap mcm tu kn? Budak2 nie menjawab macam biasa la... "TAK NAK!!!"... Cikgu Roi pun duduk... Kelas pun bising mcm pasar malam... Tiba2 bila nk habis masa cikgu bangun dari lamunan nya dan berdiri di depan sambil memgang barang dan bersedia untuk keluar kelas (Biasa nya cikgu terus keluar walaupun masa die lama lagi nk habis)...

Cikgu pun cakap kepada kami bahawa hidup kami selepas ini bukan lah mudah... Semua terdiam (Pelik tengok cikgu)...  Cikgu berkata lagi bahawa kami di kelas ini seperti buah yang ada di dahan pokok yang besar...

Pokok dan buah

Saya tercengang dengan kata2 cikgu Roi... Cikgu sambung lagi... Dia berkata jangan la kamu menjadi satu2 nya buah yang busuk di pokok itu... Lalu cikgu pun meninggal kan kelas... Walaupun begitu kejap cikgu bercakap tapi saya sangat menumpu kan apa yang dicakap kan oleh cikgu... Kata2 nya saya masih ingat sehingga kini...

Apa yang saya paham dari ayat itu ialah jangan la kita menjadi satu2 nya orang yang gagal dan tidak berguna di antara sesama kita... Kerana "Di mana ada kemahuan, di situ ada jalan"... Dan ingat lah Allah akan membantu kita semasa susah jika kita mengigatnya semasa kita senang...

Walaupun cikgu mempuyai perangai pelik sikit dari cikgu lain tetapi saya yakin nasihat yang cikgu beri itu adalah untuk membuat kan kami berusaha untuk berjaya...

*Apapun "Thanks Roi"...

0 comments:

Post a Comment