Test 2...

Assalammualaikum... Fuhhh... Tdi baru balik dari majlis pembukaan masjid baru kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)... Mmg besar, cantik dan canggih... Masjid nie terletak dekat dgn Library UTHM... Library yg trbesar antara library yg ada kat universiti lain... OK, sebelum cita pasal masjid baru apa kata kita cita sikit ttg library kat UTHM nie... Jom2..


Library UTHM

Sejarah ttg library nie :

Pada bulan Mei 2010, Perpustakaan UTHM telah berpindah ke bangunan baru yang mempunyai keluasan 16,000 meter per segi dan boleh memuatkan 300,000 naskhah koleksi. Bangunan baru ini boleh menampung lebih kurang 3,000 pengguna. Ia menyediakan ruang belajar yang luas dan kondusif dan mempunyai 100 bilik karel, 40 bilik perbincangan, 2 bilik seminar, bilik penyelidikan pasca siswazah, auditorium, bilik pencarian maklumat, bilik rujukan terhad, bilik jurnal dan bilik bacaan 24 jam.
Pembangunan koleksi perpustakaan dalam pelbagai bidang pengajian, terutamanya sains dan teknologi, terus dipertingkatkan dari semasa ke semasa untuk menyokong aktiviti akademik. Pada masa kini, perpustakaan telah mempunyai 150,000 naskhah monograf, 6,000 judul tesis, 300 judul jurnal, 40 judul majalah dan 16,000 unit bahan audio visual. Pihak perpustakaan juga telah melanggan 26 perkhidmatan pangkalan data atas talian dan 4 perkhidmatan "e-books". Projek pengautomasian sistem perpustakaan telah dimulakan pada tahun 1997 untuk menguruskan perkhidmatan perpustakaan dengan lebih cekap.
Sumber :

Antara yg saya suka kat library nie ialah ada pelbagai jenis buku (sampai pening nk cari), kemudahan komputer (semua baru2 lagi) utk pelajar dan bilik perbincangan... Klu nk tau internet kat library nie lagu gila... Haha... Kelajuannya x tau la... Tpi anda boleh siap kn fail download anda sebesar 1GB dalam masa 5 min sahaja... Woooo... Best x?

Mmg best...

Baik lah, kita cita plak ttg masjid baru kat Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM)... Sbnar nya masa saya baru masuk UTHM nie utk mendaftar abah saya sesat kat dlm UTHM nie... Hehe... Mcm nie cita nya, masa tu dh msk waktu zohor abah pun cari la masjid... Tpi bila sampai kat masjid baru tau masjid nie blom siap... U-turn la...
Apa yg menarik perhatian saya ialah design masjid nie yg seperti bualan sabit dan bintang (seperti di bendera Malaysia) apabila kita lihat dari atas... Cuba tgk nie...


Maaf masjid yg sebenar masih dalam pembinaan (nnti saya amik sndiri gmbar masjid nie)

Blom byk cita atau aktiviti kat masjid nie sbb baru lagi... Jdi itu je la yg saya bleh kogsikan buat masa ini, apa yg saya sedih sikit ialah masjid lama dh x broperasi sgt dh (mungkin jadi surau atau tmpat lain).

*Klu saya tau, minggu lepas saya smbahyang jumaat kat masjid lama...

0 comments:

Post a Comment